Tuesday 18 October 2011

ADAKAH ANDA INGIN MENJADI SEORANG KAUNSELOR?

KAUNSELOR IALAH SEORANG YANG.....

Seorang yang sanggup mendengar segala persoalan anda menerima tanpa syarat menerima dan merahsiakan apa yang anda perkatakan. Selain itu, kaunselor juga akan menghormati diri anda sebagai individu.


BAGAIMANA INGIN BERJUMPA DENGAN KAUNSELOR...

Anda boleh datang sama ada seorang diri atau bersama-sama dengan rakan anda dengan memberitahu kepada KAUNSELOR supaya dapat menetapkan tarikh yang sesuai untuk berjumpa. Selain itu anda juga boleh mengisi borang yang terdapat di bilik kaunseling (kebiasaannya terdapat di sekolah dan IPT)



BAGAIMANA KAUNSELING DIJALANKAN...

Terdapat dua cara. Cara yang pertama ialah secara individu iaitu pertemuan anda dengan kaunselor sahaja. Cara yang kedua ialah secara berkelompok iaitu pertemuan secara beramai - ramai atau berkumpulan


APAKAH PERKHIDMATAN SEORANG KAUNSELOR...

 Perkhidmatan ini adalah percuma kepada anda untuk menolong anda menyelesaikan persoalan - persoalan mengenai
*peribadi dan emosi anda yang tidak waras,pendiam,sukar untuk bergaul dan selalu berpandangan negatif.
*perkembangan tentang pelajaran
*teknik belajar dengan berkesan.
*memilih kerjaya dan merancang masa depan

No comments:

Post a Comment