Monday 21 November 2011

PILIHLAH JALAN YANG LURUS...

Anak2 remaja... perlukah di dunia ini kita mempunyai kumpulan atau geng? andai kumpulan atau geng tersebut mampu membuatkan kita selangkah ke surga itu TERBAIK... andai sebaliknya??? usahlah dibazirkan AKAL yg ALLAH kurniakan kepada kita yg bernama MANUSIA... pilihlah... yang TERBAIK... kerana janji ALLAH itu benar belaka...ada SURGA dan ada NERAKA... Ya, ALLAH...tunjukki kami hambaMu jalan yang lurus...aamen.

Monday 14 November 2011

Friday 11 November 2011

Jamuan Perpisahan & Majlis Restu Ilmu Pelajar SPM SMK Purun 2011

Persiapan Tempat - semua pelajar tingkatan 5 memberikan kerjasama yang baik


Majlis dimulakan dengan bacaan doa memohon keberkatanNya


Pelajar mengambil peluang bergambar bersama guru


Mengambil peluang makan bersama - pertemuan dan perpisahan


Cikgu Hanim dan Kak Siti Fatimah sedang menjamu selera


Guru Kesayangan Pelajar


"Standing Beyond" - bersama GPK Kokurikulum, Pn Hajah Rosmalahanim


 Pemanis Mulut, semanis ukhwah pelajar-pelajar Tingkatan 5 semua




Acara menjamu selera




Bergambar kenangan bersama GPK Pentadbiran SMK Purun (Pemangku Pengetua)
 

 Ibu Kecemerlangan SPM & PMR SMK Purun...


 Jemput makan...


 Doakan kami berjaya cikgu...


Apabila Pengerusi Majlis ber'posing'



 Kami menang!!!


 Guru memainkan peranan masing-masing - edaran cenderamata SPM


 hehehe... anak-anak SPM yang dikasihi sekalian
(aksi bergambar yang penuh tanda tanya)

Taklimat Persekolahan Akhir Tahun 2011

Taklimat Kokurikulum disampaikan oleh GPK Kokurikulum SMK Purun


Tatacara pemakaian baju kokurikulum sewaktu sesi persekolahan Tahun 2012. Harapnya pelajar dapat mematuhi garis panduan pemakaian yang telah ditetapkan.


Taklimat Hal Ehwal Murid disampaikan oleh GPK HEM SMK Purun


Pakaian sekolah versi baru 2012 untuk semua pelajar SMK Purun, wajib berkasut hitam. Taklimat wang bantuan persekolahan Tahun 2012, RM 100 - Ibu Bapa diminta untuk membuat pengesahan bersama GPK HEM pada hari ISNIN dan SELASA minggu hadapan bagi pelajar bukan asrama... Ibu Bapa pelajar asrama boleh membuat pengesahan pada hari JUMAAT minggu hadapan. Pelajar tingkatan 4, 3, 2 dan 1 yang bersekolah di SMK Purun... layak mendapat bantuan persekolahan ini.

Thursday 10 November 2011

Kursus Pendedahan Pembinaan Blog

Juruteknik (abang Hairul) tekun memberi penerangan kepada kami

Pada 18hb Oktober yang lalu, kami telah menyertai kursus pendedahan pembinaan blog yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Purun. Kursus ini dijalankan di Makmal Bestari SMK Purun dan dikendalikan oleh juruteknik SMK Purun. ~ oleh Nurul Syafi Shapuan

Monday 31 October 2011

Aktiviti Selepas PMR

 Permainan Congkak - Lokasi, kantin


Aktiviti yang kami lakukan pada hari ini ialah kami bermain congkak, catur, dan sebagainya.Aktiviti ini sangat menyeronokkan kerana permainan ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan menguji minda. Dalam waktu yang sama, kita juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. Permainan congkak juga merupakan permainan tradisional. Pada zaman dahulu, permainan congkak hanya mengunakan biji getah sahaja. Tetapi pada zaman serba moden ini, kami telah menggunakan guli yang berwarna-warni sebagai ganti. Zaman sudah berubah... Di era alaf 21, permainan tradisional seperti ini kian dilupakan oleh remaja hari demi hari. Remaja kini, lebih gemar mengisi masa dengan bermain permainan komputer (computer games), playstation atau playstation protable. selain itu, remaja hari ini juga lebih gemar memilih untuk menghabiskan masa lapang di laman sosial seperti facebook, twitter, myspace dan sebainya. Bagi mengembalikan nostalgia kegemilangan permainan tradisional suatu ketika dulu, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti permainan tradisional seperti ini kepada kami dengan hasrat dapat memberi kesedaran agar tidak melupakan terus permainan tradisional ini..~ disediakan oleh Ain Nuraisyah Azhar



 Pelajar sedang tekun mendengar Taklimat Kokurikulum Pasca PMR daripada Cikgu Hanim


Pada ketika ini, Cikgu Hanim sedang memberi taklimat tentang aktiviti yang akan diadakan  untuk program pasca PMR. Antara aktiviti yang dibincangkan ialah aktiviti kesenian dan kebudayaan seperti psiko-drama, tarian, sajak dan teater. Beberapa orang pelajar sedang berkongsi pendapat dan pandangan tentang aktiviti tersebut. Dalam aktiviti ini hanya melibatkan pelajar perempuan sahaja.

Tuesday 18 October 2011

KAUNSELING BUKAN UNTUK...

#memperngaruhi kepercayaan ,fikiran,perasaan,kelakuandan sikap individu
#menyelesaikan masalah individu
#memberi nasihat atau panduan
#memberi maklumat sahaja
#menemuramah atau berbual tanpa tujuan
#menilai kekuatan atau kelemahan individu