Monday 31 October 2011

Aktiviti Selepas PMR

 Permainan Congkak - Lokasi, kantin


Aktiviti yang kami lakukan pada hari ini ialah kami bermain congkak, catur, dan sebagainya.Aktiviti ini sangat menyeronokkan kerana permainan ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan menguji minda. Dalam waktu yang sama, kita juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. Permainan congkak juga merupakan permainan tradisional. Pada zaman dahulu, permainan congkak hanya mengunakan biji getah sahaja. Tetapi pada zaman serba moden ini, kami telah menggunakan guli yang berwarna-warni sebagai ganti. Zaman sudah berubah... Di era alaf 21, permainan tradisional seperti ini kian dilupakan oleh remaja hari demi hari. Remaja kini, lebih gemar mengisi masa dengan bermain permainan komputer (computer games), playstation atau playstation protable. selain itu, remaja hari ini juga lebih gemar memilih untuk menghabiskan masa lapang di laman sosial seperti facebook, twitter, myspace dan sebainya. Bagi mengembalikan nostalgia kegemilangan permainan tradisional suatu ketika dulu, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti permainan tradisional seperti ini kepada kami dengan hasrat dapat memberi kesedaran agar tidak melupakan terus permainan tradisional ini..~ disediakan oleh Ain Nuraisyah Azhar



 Pelajar sedang tekun mendengar Taklimat Kokurikulum Pasca PMR daripada Cikgu Hanim


Pada ketika ini, Cikgu Hanim sedang memberi taklimat tentang aktiviti yang akan diadakan  untuk program pasca PMR. Antara aktiviti yang dibincangkan ialah aktiviti kesenian dan kebudayaan seperti psiko-drama, tarian, sajak dan teater. Beberapa orang pelajar sedang berkongsi pendapat dan pandangan tentang aktiviti tersebut. Dalam aktiviti ini hanya melibatkan pelajar perempuan sahaja.

Tuesday 18 October 2011

KAUNSELING BUKAN UNTUK...

#memperngaruhi kepercayaan ,fikiran,perasaan,kelakuandan sikap individu
#menyelesaikan masalah individu
#memberi nasihat atau panduan
#memberi maklumat sahaja
#menemuramah atau berbual tanpa tujuan
#menilai kekuatan atau kelemahan individu

ADAKAH ANDA INGIN MENJADI SEORANG KAUNSELOR?

KAUNSELOR IALAH SEORANG YANG.....

Seorang yang sanggup mendengar segala persoalan anda menerima tanpa syarat menerima dan merahsiakan apa yang anda perkatakan. Selain itu, kaunselor juga akan menghormati diri anda sebagai individu.


BAGAIMANA INGIN BERJUMPA DENGAN KAUNSELOR...

Anda boleh datang sama ada seorang diri atau bersama-sama dengan rakan anda dengan memberitahu kepada KAUNSELOR supaya dapat menetapkan tarikh yang sesuai untuk berjumpa. Selain itu anda juga boleh mengisi borang yang terdapat di bilik kaunseling (kebiasaannya terdapat di sekolah dan IPT)



BAGAIMANA KAUNSELING DIJALANKAN...

Terdapat dua cara. Cara yang pertama ialah secara individu iaitu pertemuan anda dengan kaunselor sahaja. Cara yang kedua ialah secara berkelompok iaitu pertemuan secara beramai - ramai atau berkumpulan


APAKAH PERKHIDMATAN SEORANG KAUNSELOR...

 Perkhidmatan ini adalah percuma kepada anda untuk menolong anda menyelesaikan persoalan - persoalan mengenai
*peribadi dan emosi anda yang tidak waras,pendiam,sukar untuk bergaul dan selalu berpandangan negatif.
*perkembangan tentang pelajaran
*teknik belajar dengan berkesan.
*memilih kerjaya dan merancang masa depan

Peranan guru-guru lain (matapelajaran atau di dalam kelas)

Tugas guru-guru lain dalam Bimbingan dan Kaunseling:

#Membantu dalam mengenalpasti pelajar-pelajar yang berisiko untuk intervensi kaunseling.
#Membantu mengumpulkan data mengenai profil pelajar.
#Membantu menberi bimbingan "tunjuk ajar".
#Membantu menberi maklumat kerjaya, pendidikan pencegahan dadah,latihan dan maklumat semasa.
#Membantu melaksanakan program dan aktiviti pelajar.
#Membantu pelajar yang bermasalah melalui konsultasi dengan guru bimbingan dan kaunseling.

Guru Penolong Bimbingan Dan Kaunseling

Dalam kontekes ini guru-guru yang membantu khusus pelaksanan program atau aktiviti bimbingan di sekolah. Mereka ini menjadi sebagai staf yang menjadi pebantu kepada guru kanan bimbingan dan kaunseling .

Tugas guru penolong kanan Bimbingan dan Kaunseling ialah:

*Membantu dalam mengandalikan iventori,individu dan  rekod.
*Menbantu dalam perkhidmatan memberi  maklumat .
*Membantu dalam perkhidmatan dalam bimbingan berkelompok.
*Membantu dalam perkhidmatan dalam kaunseling.
*Menbantu dalam perkhidmatan penempatan
*Membantu dalam perkhidmatan mencegah penggunaan dadah dan inhalen.
*Membantu dakam perkhidmatan konsultasi dan rujukan.
*Membantu dalan perkhidmatan penyelaras roses
*Membantu dalam perkhidmatan nilai
*Membuat pesanan dan menbuat stok bahan-bahan bimbingan
*Membuat hasil dan mengurus bahan cetak dan bukan bahan cetak seperti poster,risalah,dokumen,beritadan pita video


Pengertian Kaunseling

Apakah Kaunseling?

Kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan aktiviti memberi nasihat. Dalam proses menolong, seorang kaunselor akan membina satu hubungan profesional dengan klien dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekuramgannya, kebolehan, kemampuan dan keupayaannya. Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalas dirinya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi kehidupannya. Dengan kesedaran ini, klien dapat memahami realiti kehidupannya lalu boleh membuat rancangan masa depannya.

(Petikan ini diambil dari penulisan Aminah Hj Hashim, Rosnaini Abdul Kadir dan Nordin Kardi....UPM)

Sunday 16 October 2011

Matlamat Kaunseling

1. Mengajar klien untuk bertanggungjawab terhadap dirinya.
2. Memperbaiki imej diri yang negatif.
3. Mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan.
4. Mempermudahkan atau mengerakkan perubahan tingkah laku.
5. Membantu klien menjadi lebih produktif.
6. Mebimbing klien, mencari dan memupuk sumber dalaman.
7. Mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan.
8. Membantu klien menguruskan masalah yang "belum selesai".

Sunday 9 October 2011