Apakah Kaunseling?
Kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan aktiviti memberi nasihat. Dalam proses menolong, seorang kaunselor akan membina satu hubungan profesional dengan klien dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekuramgannya, kebolehan, kemampuan dan keupayaannya. Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalas dirinya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi kehidupannya. Dengan kesedaran ini, klien dapat memahami realiti kehidupannya lalu boleh membuat rancangan masa depannya.
(Petikan ini diambil dari penulisan Aminah Hj Hashim, Rosnaini Abdul Kadir dan Nordin Kardi....UPM)
No comments:
Post a Comment