Permainan Congkak - Lokasi, kantin
Aktiviti yang kami lakukan pada hari ini ialah kami bermain congkak, catur, dan sebagainya.Aktiviti ini sangat menyeronokkan kerana permainan ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan menguji minda. Dalam waktu yang sama, kita juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. Permainan congkak juga merupakan permainan tradisional. Pada zaman dahulu, permainan congkak hanya mengunakan biji getah sahaja. Tetapi pada zaman serba moden ini, kami telah menggunakan guli yang berwarna-warni sebagai ganti. Zaman sudah berubah... Di era alaf 21, permainan tradisional seperti ini kian dilupakan oleh remaja hari demi hari. Remaja kini, lebih gemar mengisi masa dengan bermain permainan komputer (computer games), playstation atau playstation protable. selain itu, remaja hari ini juga lebih gemar memilih untuk menghabiskan masa lapang di laman sosial seperti facebook, twitter, myspace dan sebainya. Bagi mengembalikan nostalgia kegemilangan permainan tradisional suatu ketika dulu, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti permainan tradisional seperti ini kepada kami dengan hasrat dapat memberi kesedaran agar tidak melupakan terus permainan tradisional ini..~ disediakan oleh Ain Nuraisyah Azhar
Pelajar sedang tekun mendengar Taklimat Kokurikulum Pasca PMR daripada Cikgu Hanim
Pada ketika ini, Cikgu Hanim sedang memberi taklimat tentang aktiviti yang akan diadakan untuk program pasca PMR. Antara aktiviti yang dibincangkan ialah aktiviti kesenian dan kebudayaan seperti psiko-drama, tarian, sajak dan teater. Beberapa orang pelajar sedang berkongsi pendapat dan pandangan tentang aktiviti tersebut. Dalam aktiviti ini hanya melibatkan pelajar perempuan sahaja.